USAHAWAN KUIH MUIH

Nama : Zamzuri bin Zakaria

Umur  : 48 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Perniagaannya pula bertambah maju dengan pendapatannya RM 600.00 – RM 800.00. Pelanggannya kini terdiri daripada komuniti setempat dan orang luar. Beliau juga menerima tempahan dari sekitar negeri Kedah.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau tidak tahu tentang komputer dan pendapatannya sekadar RM 300.00 – RM 500.00. Pelanggan hanya orang setempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Perniagaannya pula bertambah maju dengan pendapatannya RM 600.00 – RM 800.00. Pelanggannya kini terdiri daripada komuniti setempat dan orang luar. Beliau juga menerima tempahan dari sekitar negeri Kedah.

 

IMG 20171123 160507 COPY

 

CELIK IT : Nor Fazwani binti Mohd Kodem

BELAJAR INTERNET, ASAS KOMPUTER

Nama : Nor Fazwani binti Mohd Kodem

Umur  : 18 Tahun

Ahli    : 2016

 

Latar Belakang.

Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau tidak tahu tempat untuk belajar komputer. Setelah wujudnya Pusat Internet Kg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan rumah saya, sedikit demi sedikit saya didedahkan dengan komputer dan internet. Beliau juga sering datang ke PI untuk menggunakan komputer. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, beliau tidak tahu tentang komputer dan internet. Beliau juga tidak pandai menaip dan mencetak. Selain itu, beliau tidak mempunyai akaun gmail.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas komputer, beliau dapat mempelajari internet,perisian Microsoft Office dan ilmu-ilmu ICT yang lain dari semasa hingga semasa. Selain itu, beliau mampu membuat akaun gmail dengan sendiri dan mampu menaip dengan betul. Disamping beliau sering menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PI1M. Beliau juga menghadiri Kursus Intel yang diadakan di PI.

 

Untitled

 

 

USAHAWAN ONLINE (PRODUK KECANTIKAN)

Nama : Nor Hayati binti Ahmad

Umur  : 29 Tahun

Ahli    : 2016

Latar Belakang

Puan Nor Hayati merupakan seorang usahawan yang bergiat dalam bidang usahawan secara atas talian. Dengan berbekalkan ilmu yang dipelajari dan dorongan daripada rakan-rakan membuat beliau menceburi bidang ini. Beliau mengunakan online banking bagi memudahkan urusan jual beli bersama pelanggan dan pembekal. Selain itu, Whatssap dan Facebook merupakan laman sosial yang sering digunakan untuk berhubung dengan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Hayati tidak pandai dalam dunia perniagaan online. Beliau juga tidak pandai dalam pengetahuan ICT. Perniagaannya kurang dikenali dan beliau kurang berpuas hati tentang jumlah pendapatannya.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI1M

Di PI1M beliau banyak mendalami ilmu tentang ICT khasnya mempelajari Ms Office seperti Ms Word dan Ms Excel untuk membuat kertas kerja akaun produk. Beliau juga diajar tentang teknik pemasaran yang terkini iaitu teknik pemasaran dan pengiklanan di atas talian dan hasilnya perniagaan beliau kini dikenali. Selain itu, beliau diajar cara mendaftar akaun media social seperti facebook,instagram dan telegram bagi mempromosikan produknya dan beliau juga mempromosikan produknya di My Shop.

PRODUK

USAHAWAN STESEN MINYAK

Nama : Ahmad bin Raof

Umur  : 49 Tahun

Ahli    : 2016

 

Latar Belakang

Encik Ahmad bin Raof mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah beliau. Kini dengan hasil titik peluh sendiri beliau mampu membuka satu stesen minyak buraq oil di Kampung Kuala Kerik. Beliau dibantu oleh adik beliau bagi melicinkan perniagaannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau tidak tahu tentang komputer dan internet. Pendapatannya kurang memuaskan. Tidak tahu cara mempromosikan perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Dengan kaedah dan bengkel usahawan yang dipelajari di PI, Encik Ahmad mampu menguruskan perniagaannya dengan teratur dan sistematik. Beliau juga dapat menguruskan kewangan syarikat. Selain itu, beliau mempelajari teknik mempromosikan stesen minyak beliau, kini jumlah pelanggannya semakin hari semain bertambah dan jumlah pendapatannya bertambah.

STESEN MINYAK