USAHAWAN TEPUNG KEK

Nama :Nor Shafawati Bt Ibrahim

Umur :32 Tahun

Ahli :2014

Latar belakang

Puan Shafawati mula menjadi usahawan tepung kek segera hanya dengan mulanya menjadi dropship. Selepas mendapat bimbingan dari program kelas usahawan di PIK dan program NCER beliau mula belajar menghasilkan kek bahulu secara sendiri. Beliau dibantu oleh kawan-kawanya bagi menjalankan perniagaan beliau. Kini beliau memgambil tempahan secara bekala.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu tentang ICT dan komputer. Pendapatannya pula sekadar RM 70.00 – RM 150.00 sebulan. Beliau juga tidak pandai menggunakan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PI, beliau kini dapat mempelajari kemahiran komputer dan mempromosikan produk beliau di laman Facebook. Disamping itu, beliau dapat mencari idea-idea bagi memajukan produk beliau. Selain itu, beliau juga mampu mempelbagaikan pelbagai resepi dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

 

 USAHAWAN 2

 

USAHAWAN SIMPUL KASIH

Nama : Norshahida Binti Osman Kamarudin

Umur : 33 Tahun

Ahli   : 2020

 

Latar belakang

Pn.Norshahida merupakan usahawan yang komited dengan menghasilkan simpul kasih yang dijual di kawasan sekitar dan juga sedia menerima tempahan dari seluruh kawasan. Beliau belajar menghasilkan serunding turun temurun resepi ibundanya. Dengan dorongan ibubapa dan rakan lain beliau berjaya mendapat kemudahan dan tunjuk ajar dari NCER bagi memperkembangjan lagi perniagaannya. Selain dapat menjalankan perniagaanya dengan sempurna. Perniagaanya juga dibantu dengan promosi yang dijalankan di media sosial dengan menghadiri kelas bimbingan di Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Beliau tidak pandai menggunakan media sosial untuk mempromosikan produk beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau di dalam platform shopee dan di kedai sekitar. Pelanggan bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan di facebook dan platform lain. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM400 – RM700.

USAHAWAN 1

 

 

USAHAWAN AYAM GORENG

Nama : Cik Mazidah binti Ahmad 

Umur  : 28 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar belakang

Cik Mazidah binti Ahmad merupakan usahawan muda ayam goreng MyFC di komuniti. Beliau mendapat idea daripada kawan-kawannya untuk mencuba francais MyFC di komuniti. Dengan dorongan ibubapa dan rakan lain beliau berjaya mendapat kemudahan francais ayam goreng MyFC dan dapat menjalankan perniagaanya dengan sempurna. Beliau dibantu oleh kakaknya dan semakin hari perniagaanya semakin maju. Perniagaanya juga dibantu dengan promosi yang dijalankan di media sosial.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Beliau tidak pandai menggunakan media sosial untuk mempromosikan produk beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM400 – RM700.

Usahawan 1

 

 

 

BELAJAR ICT

Nama : Nur Syafiqa Binti Husain

Umur : 16 Tahun

Ahli   : 2017

 

Latar belakang

 

Beliau merupakan salah seorang belia di komuniti. Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet. Dengan adanya Pusat InternetKg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan rumahnya, ini memudahkan beliau menggunakan kemudahan yang diadakan seperti mendapatkan capaian maklumat berkaitan pengajian , kerjaya dan lain-lain maklumat di PI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir dalam mencari maklumat di laman web di internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah dalam mencari segala maklumat dan mengunakan internet serta membuat sebarang permohonan online dengan mudah. Beliau sering datang ke PI dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PI.

CELIK- IT

 

 

 

USAHAWAN LOKCING

Nama :  Puan Siti Solehah binti Azmi 

Umur  : 24 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Puan Solehah mula menjalankan perniagaan lokcing bakar dengan membuka gerai lokcing secara kecil-kecilan di kawasan rumah beliau. Pada mulanya beliau hanya menjual air minuman sahaja di gerai beliau. Selepas mendapat idea dan dorongan dari suaminya, beliau mula berjinak dengan menjual lokcing bakar secara kecilan. Beliau dibantu oleh suaminya bagi melicinkan perniagaan beliau. Beliau juga menjual pelbagai jenis lokcing dengan harga berpatutan. Kini gerainya mula dikenali di sekitar komuniti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu tentang ICT dan komputer. Pendapatannya pula sekadar RM 70.00 – RM 150.00 sebulan. Beliau juga tidak pandai menggunakan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PI, beliau kini dapat mempelajari kemahiran komputer dan mempromosikan produk beliau di laman Facebook. Disamping itu, beliau dapat mencari idea-idea bagi memajukan produk beliau. Selain itu, beliau juga mampu mempelbagaikan menu makanan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Usahawan 2