USAHAWAN MAKANAN

Nama : Noorshakila Binti Zamberi

Umur  : 35 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Puan Noorshakila binti Zamberi merupakan usahawan makanan dan minuman di komuniti kampung. Dulu beliau hanya berniaga air minuman biasa di rumahnya, Kini beliau mempunyai warung sendiri di berhampiran rumahnya dan dibantu oleh adiknya. Antara makanan yang dijual di warung beliau adalah laksa, bihun sup, dan rojak. Minuman pula terdiri dari air biasa dan ais blender.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM170– RM200 sahaja sebulan dan tidak pandai menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk dan warung beliau melalui media sosial dan My Shop. Pelangganya bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM700– RM1000.

USAHAWAN 2 SHAKILA

 

 

BELAJAR ICT

Nama  : Muhammad Amirul bin Ibrahim 

Umur   : 21 Tahun

Ahli     : 2017

 

Latar Belakang

Beliau merupakan pelajar Universiti Awam dan antara belia di komuniti ini. Beliau selalu mengunjungi Pusat Internet Kg Kuala Kerik untuk mempelajari ICT dan membuat kerja khusus. Selain itu, beliau merupakan belia yang celik IT di komuniti setelah banyak mengikuti latihan di PI Kampung Kuala Kerik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang tahu mengendalikan komputer dan tidak tahu tentang ICT. Pengetahuan ICT beliau sangat kurang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari ICT di PI, beliau pandai menggunakan komputer untuk melakukan kerja harian dan melayari internet. Selain itu, beliau juga dapat pendedahan tentang media sosial dan cara menggunakannya dengan bijak dan berhemat.

IMG 20200202 114635 23

 

 

USAHAWAN KEDAI MAKAN

Nama : Nor Farhana binti Omar 

Umur  : 23 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Cik Nor Farhana adalah seorang usahawan muda yang meningkat naik di komuniti setempat. Beliau menjalankan perniagaan gerai makan di kawasan komuniti. Antara menu yang ada di gerai beliau adalah mee,bihu,koew teow celup dan nasi impit kuah celup. Pada mulanya, beliau hanya memasak hanya sekadar hobi beliau dan dengan dorongan saudara dan rakan beliau berjaya membuka gerai makanannya sendiri. Gerainya semakin dikenali hasil promosi yang dijalankan dan mendapat maklum balas yang positif dari pelangganya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan pengetahuan ICTnya rendah. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jualan produknya hanya sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah pandai menggunakan komputer dan pengetahuan ICTnya semakin bertambah dari masa ke semasa. Selain itu, melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, perniagaannya semakin maju dan mampu berdaya saing. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM300 – RM600.

keuasahawan 2 fahana

 

 

USAHAWAN BUAH DURIAN

Nama : Nordin bin Ahmad 

Umur  : 50 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar belakang

Encik Nordin merupakan penduduk asal Kampung Kuala Kerik dan beliau juga seorang peraih buah durian di sekitar komuniti. Beliau mula menjalankan perniagaan ini kira-kira 8 tahun lalu serta beliau juga mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakannya. Beliau mengambil buah durian daripada penduduk kampung dan menjual kepada pelanggannya yang kebanyakan dari luar komuniti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan. Jualan produknya hanya sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM1000 – RM2000.

keuahawanan 1 nordin bin ahmad

 

 

BELAJAR ICT

Nama  : Muhammad Asraf bin Osman 

Umur   : 21 Tahun

Ahli     : 2016

 

Latar Belakang

Beliau merupakan belia di komuniti yang berhampiran PI Kg Kuala Kerik. Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet. Dengan adanya Pusat InternetKg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan kampungnya, ini memudahkan beliau menggunakan kemudahan yang diadakan seperti mendapatkan maklumat –maklumat kerjaya dan lain-lain maklumat di PI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang tahu mengendalikan komputer dan tidak tahu tentang ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari ICT di PI, beliau pandai menggunakan komputer untuk melakukan kerja harian dan melayari internet. Selain itu, beliau juga dapat pendedahan tentang media social dan cara menggunkannya dengan bijak dan berhemat.

celik it suku 3 2019