BELAJAR INTERNET, ASAS KOMPUTER

Nama  : Halimaton Saadiah Binti Ahmad Shuhardy

Umur  : 20 Tahun

Ahli     : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan pelajar tingkatan 6 di Sekolah Menengah yang berdekatan. Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet. Dengan adanya Pusat InternetKg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan kampungnya, ini memudahkan beliau menggunakan kemudahan yang diadakan seperti mendapatkan maklumat –maklumat berkaitan kerja kursus, maklumat kerjaya  dan lain-lain maklumat di PI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang tahu mengendalikan komputer dan mengunakan web di internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah terutamanya dalam menyediakan surat-surat, kerja kursus yang berkaitan, mengunakan internet dan membuat sebarang permohonan online dengan mudah. Kini, beliau sering datang ke PI dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PI. 

IMG20190222120340 COPY

 

 

 

KEUSAHAWANAN : Puan Siti Nur Asyima binti Muhamad

USAHAWAN KUIH MUIH

Nama : Puan Siti Nur Asyima binti Muhamad 

Umur  : 29 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar Belakang

Puan Siti Nur Asyima memulakan perniagaannya pada 3 tahun lepas. Dari minatnya yang suka mencuba membuat kuih, kini beliau mampu tersenyum kerana produknya telah mendapat tempat di hati komuniti setempat.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM70 – RM160 sahaja sebulan. Pelanggannya pula hanya sebilangan kecil sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Beliau juga mempunyai media social sendiri seperti facebook. Pelanggan beliau dari sekitar Daerah Sik yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Beliau juga meletak produk beliau di kedai dan pasaraya. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM200 – RM500.

46503969 1928750330513895 1658518543521546240 n

 

 

BELAJAR INTERNET, ASAS KOMPUTER

Nama : Mohd Zuhdi bin Rosli 

Umur  : 23 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan Belia di kampung dan sering melibatkan diri dalam aktiviti PI. Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet. Dengan adanya Pusat Internet Malaysia Kg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan kampungnya, ini memudahkan beliau menggunakan kemudahan yang diadakan. Beliau juga selalu datang ke PI untuk mencari maklumat dan sebagainya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan perkakasan komputer dan tidak pandai berinternet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah adanya PI, beliau sudah pandai menggunakan perkakasan komputer dengan bantuan petugas. Urusannya semakin mudah dan cepat sejak berkunjung ke PI. Beliau juga boleh berinternet dengan selamat dengan adanya Kempen Klik Dengan Bijak. Selain itu, beliau mendapat pengetahuan tentang dunia ICT dengan penglibatannya dalam aktiviti yang dianjurkan PI.

IMG 20181118 163017 COPY

 

 

USAHAWAN PELBAGAI KUIH DONUT

Nama : Haiefa Fatahieyah binti Nordin

Umur  : 16 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

Cik Haiefa menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan menjual kuih donut di sekitar kampung. Dengan latihan dan pembelajaran di Kolej Vokasional, beliau mampu untuk membuat kuih dengan sendiri dan memasarkannya di sekitar kampung.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM20 – RM60 sahaja sebulan. Pelanggan pula tidak ramai.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kampung Kuala Kerik,, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau di sekitar komuniti. Pelanggan beliau di komuniti yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut Selain itu, kuih donutnya kini dikenali dan sering menerima tempahan penduduk tempatan. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat yang mencecah RM120 – RM300.

IMG 20180928 161244

 

 

KEUSAHAWANAN : Puan Noor Hazwani Bt Halim

USAHAWAN KEDAI MAKAN

Nama : Puan Noor Hazwani binti Halim

Umur  : 29 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar Belakang

Noor Hazwani Bt Halim merupakan seorang usahawan muda yang bergiat aktif dalam bidang usahawan. Dengan berbekalkan minat dan dorongan dari rakan-rakan membuat beliau menceburi bidang usahawan di kampung ini. Beliau tidak hanya menumpukan pasaran di kawasan kampung malah menghantar keseluruh tempat yang mendapat sambutan yang mengalakan contohnya di kawasan Baling, Sungai Petani dan kawasan sekitar.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau tidak tahu tentang dunia perniagaan online. Pendapatannya pula kurang daripada RM 500.00 dan tudak menentu.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan PI, kini perniagaan beliau semakin dkenali. Pendapatan beliau pun semakin bertambah. Pelanggan beliau telah meningkat dimana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Produknya makin dikenali di sekitar komuniti dan luar komuniti.

Untitled