BELAJAR ICT

Nama :Nur Fatin Amira Binti Norizan

Umur : 24 Tahun

Ahli   : 2021

Latar belakang

 

Beliau merupakan seorang remaja yang tinggal berdekatan dengan Pusat Internet. Beliau tidak berpengetahuan untuk mengunakan aplikasi komputer dan internet. Dengan adanya Pusat InternetKg. Kuala Kerik yang berhampiran dengan rumahnya, beliau dapat menggunakan kemudahan yang beliau dapat membuat resume dan permohonan online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau kurang mahir mengendalikan komputer ,mengunakan aplikasi dalam komputer dan mencari maklumat di laman web di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Setelah mempelajari ilmu asas internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah terutamanya dalam mendapatkan maklumat dan mengisi borang secara online, kerja yang berkaitan menggunakan internet dengan mudah. Kini, beliau sering datang ke PI dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PI.

CELIK-IT

USAHAWAN KEDAI MAKAN

Nama :Shahidan Bin Mat Khir

Umur :27 Tahun

Ahli :2014

Latar belakang

Shahidan Bin Mat Khir adalah usahawan belia yang mengusahakan perniagaan pelbagai masakan panas Beliau mula berjinak dalam bidang ini sebagai hasil tambahan bagi membantu keluarganya. Beliau juga menyediakan khidmat COD bagi pelanggan yang kebanyakan terdiri daripada penduduk kampung sekitar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM150 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau ada juga menghadiri kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, kini beliau mula mempromosikan hasil masakan beliau di social media bagi menarik pelanggan. Pelanggan beliau semakin bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan menerusi Facebook. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah dan kini hampir mencecah RM200 – RM300 sebulan

 

USAHAWAN-2

BELAJAR ICT

Nama : Muhammad Haziq Safwan bin Mohd Hanif 

Umur : 11 Tahun

Ahli   : 2014

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pelajar yang tinggal berdekatan dengan Pusat Internet. Beliau tidak berpengetahuan untuk mengunakan aplikasi komputer dan internet. Dengan adanya Pusat InternetKg. Kuala Kerik yang berhampiran dengan rumahnya, beliau dapat menggunakan kemudahan yang beliau dapat belajar untuk mencari bahan untuk pembelajaran beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir mengendalikan komputer dan mengunakan laman web di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari ilmu asas internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah terutamanya dalam mendapatkan maklumat untuk pembelajaran beliau, kerja yang berkaitan menggunakan internet dengan mudah. Kini, beliau sering datang ke PI dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PI

 

CELIK-IT

USAHAWAN UBI CAMERON HIGHLAND

Nama :Halimatom Saadiah binti Ahmad Shuhardy

Umur :22 Tahun

Ahli :2013

Latar belakang

Halimatom Saadiah adalah usahawan belia yang mengusahakan perniagaan ubi dari Cameron Highlands. Beliau mula berjinak dalam bidang ini dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan beliau. Selain itu, beliau juga aktif dalam memasarkan produk jualannya di akaun Shopee dan turut menawarkan perkhidmatan COD untuk pelanggan yang memesan produk jualan beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM120 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering menghadiri kelas usahawan di Pusat Internet Kuala Kerik. Di samping itu, beliau juga tidak pernah jemu belajar untuk sentiasa mempromosikan produk jualan beliau sama ada di Shopee mahupun di Facebook. Kini, beliau semakin mahir mempromosikan produk jualan beliau dan ianya semakin meningkat dari masa ke masa. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah dan kini hampir mencecah RM300 – RM400 sebulan.

 USAHAWAN-1

USAHAWAN KOSMETIK SOBELLA

Nama :Nor Aliaa binti Ghazali

Umur :23 Tahun

Ahli :2014

Latar belakang

Cik Nor Aliaa binti Ghazali adalah seorang pelajar UiTM Shah Alam. Beliau mula berjinak dalam bidang perniagaan dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan semasa belajar. Pada awalnya, beliau hanya mengusahakan perniagaan ini secara kecil-kecilan. Namun, perniagaan kosmetik Sobella beliau kini mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk kampung dan rakan-rakan universiti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM150 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian dan platform lain. Pelanggan beliau semakin bertambah setelah mengetahui jualan beliau melalui promosi yang dijalankan menerusi Facebook dan juga Instagram. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah dan kini hampir mencecah RM700 – RM800 sebulan

 USAHAWAN-1