USAHAWAN CENDOL

Nama :Suzila binti Othman

Umur :45 Tahun

Ahli :2021

Latar belakang

 

Puan Suzila binti Othman merupakan surirumah sepenuh masa dan mempunyai 3 orang anak. Sejak Covid-19 melanda, beliau mula mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumahnya dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan. Dengan kelebihan yang beliau ada, beliau kini mengusahakan perniagaan cendol di sekitar kawasan perumahannya. Jualan cendol beliau semakin hari semakin laris kerana ianya mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan penduduk setempat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Di Pusat Internet Komuniti Kampung Kuala Kerik, Puan Suzila telah diberikan latihan keusahawanan oleh petugas Pusat Internet. Beliau telah diajar cara dan teknik mempromosikan jualan beliau di media sosial dan juga aplikasi WhatsApp. Selain itu, beliau juga telah dibimbing untuk mencipta akaun Facebook dan Shopee sendiri. Asas-asas penggunaan akaun media sosial tersebut juga telah dipelajari oleh beliau dengan dibimbing oleh petugas Pusat Internet. Kini, beliau mahir menggunakan akaun media sosial dengan baik dan mampu meningkatkan jualan beliau dari masa ke masa.

 USAHAWAN-2

BELAJAR ICT

Nama : Nurul Farzana binti Abdul Basir

Umur : 18 Tahun

Ahli   : 2015

Latar belakang

Beliau merupakan seorang belia yang tinggal berdekatan dengan Pusat Internet. Beliau kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet. Dengan adanya Pusat InternetKg. Kuala Kerik yang berhampiran dengan rumahnya, beliau dapat menggunakan kemudahan yang disediakan seperti mendapatkan maklumat –maklumat berkaitan isu semasa, maklumat kerjaya dan lain-lain maklumat di PI. Beliau juga dapat menyertai kelas secara atas talian bersama pensyarah beliau di Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau kurang mahir mengendalikan komputer dan mengunakan laman web di internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari ilmu asas internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah terutamanya dalam mendapatkan info tentang isu semasa, kerja yang berkaitan menggunakan internet dan menyiapkan tugasan university dengan mudah. Kini, beliau sering datang ke PI dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PI.

CELIK-IT

USAHAWAN CENDAWAN

Nama :Rohimah binti Abdul Rahman

Umur :26 Tahun

Ahli :2021

Latar belakang

Puan Rohimah binti Abdul Rahman adalah usahawan wanita dalam bidang penanaman cendawan. Beliau mula berjinak dalam bidang ini apabila penanaman cendawannya membuahkan hasil yang banyak. Bermula dari situ, beliau mula menimba ilmu dan cuba menjualnya kepada penduduk kampung. Dengan berkat usahanya, kini jualan hasil penanaman cendawannya menerima sambutan yang hangat daripada penduduk kampung. Beliau turut mengadakan

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil projek beliau. Pelanggan beliau semakin bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan menerusi Facebook. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah dan kini hampir mencecah RM400 – RM500 sebulan.

 

 IMG 20210204 114646

USAHAWAN CENDAWAN

Nama :Nur Farhana binti Mohamad Rashid

Umur :31 Tahun

Ahli :2021

Latar belakang

Puan Nur Farhana binti Mohamad Rashid adalah usahawan wanita dalam bidang penjualan dan pembuatan kuih-muih tradisional. Beliau mula berjinak dalam bidang ini apabila penjualan kuih-muih buatannya mendapat sambutan dalam kalangan penduduk kampung. Bermula dari situ, beliau mula cuba mengambil tempahan kuih-muih daripada penduduk kampung untuk majlis keramaian dan lain-lain lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM150 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil projek beliau. Pelanggan beliau semakin bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan menerusi Facebook. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah dan kini hampir mencecah RM300 – RM400 sebulan.

 

 USAHAWAN-1

BELAJAR ICT

Nama : Nor Dinie Suria binti Mohd Ghani

Umur : 26 Tahun

Ahli   : 2021

Latar belakang

Beliau merupakan seorang belia yang tinggal berdekatan dengan Pusat Internet. Beliau kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet. Dengan adanya Pusat InternetKg. Kuala Kerik yang berhampiran dengan rumahnya, beliau dapat menggunakan kemudahan yang disediakan seperti mendapatkan maklumat –maklumat berkaitan isu semasa, maklumat kerjaya dan lain-lain maklumat di PI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir mengendalikan komputer dan mengunakan laman web di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari ilmu asas internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah terutamanya dalam mendapatkan info tentang isu semasa, kerja yang berkaitan menggunakan internet dan membuat sebarang permohonan online dengan mudah. Kini, beliau sering datang ke PI dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PI

CELIK-IT