BELAJAR ICT

Nama  : Sufina binti Shahron 

Umur   : 20 Tahun

Ahli     : 2017

 

Latar Belakang

Beliau merupakan salah seorang belia di komuniti. Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet. Dengan adanya Pusat InternetKg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan kampungnya, ini memudahkan beliau menggunakan kemudahan yang diadakan seperti mendapatkan maklumat –maklumat berkaitan kerjaya dan lain-lain maklumat di PI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang tahu mengendalikan komputer dan mengunakan web di internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah terutamanya dalam menyediakan surat-surat, mencari pekerjaan dan mengunakan internet serta membuat sebarang permohonan online dengan mudah. Kini, beliau sering datang ke PI dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PI.

Celik IT

 

 

USAHAWAN PEMBUATAN KEK

Nama :  Nur Rosidah binti Hashim

Umur  : 32 Tahun

Ahli    : 2019

 

Latar belakang

Puan Yusniza binti Baharom merupakan usahawan muda dalam pembuatan kek di komuniti. Pada mulanya beliau hanya membuat untuk dimakan oleh diri sendiri. Hasil dorongan oleh suaminya, beliau banyak belajar dan menerokai dunia pembuatan kek bagi menghasilkan kek yang terbaik. Selepas itu, beliau mencuba menjual di kedai berhampiran dan menerima tempahan. Kini dengan usahanya, kek beliau mula dikenali ramai dan tidak putus menerima tempahan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM80 – RM200 sahaja sebulan. Beliau tidak pandai menggunakan media sosial untuk mempromosikan produk beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM300 – RM800.

USAHAWAN 1

 

 

 

BELAJAR ICT

Nama  : Noor Hayati Binti Abdillah 

Umur   : 39 Tahun

Ahli     : 2018

Latar Belakang

Saya merupakan seorang guru kafa di di Sekolah Kebangsaan Jeneri .Sebelum Saya mengenali Pusat Internet, saya kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet. Dengan adanya Pusat Kg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan kampung saya, ini memudahkan saya mengunakan kemudahan yang diadakan.Saya mendapatkan maklumat dan perkhidmatan bagi memudahkan segala urusan pengajaran saya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang tahu mengendalikan komputer dan mengunakan web di internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah terutamanya dalam menyediakan surat, laporan,bahan bantu mengajar dan lain-lain. Dengan mengunakan internet permohonan online dapat dijalankan dengan mudah.

CELIK IT

 

 

USAHAWAN TUDUNG

Nama :  Nur Rosidah binti Hashim

Umur  : 55 Tahun

Ahli    : 2019

 

Latar belakang

Puan Nur Rosidah menjalankan perniagaan menjual tudung sejak 3 tahun dahulu. Beliau hanya menjual tudung secara kecilan ke satu rumah ke rumah yang lain. Dengan berkat usaha beliau, kini jualan tudungnya semakin meningkat dari masa ke semasa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM70 – RM150 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil projek beliau. Pelanggan bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM10,000 – RM20,000.

USAHAWAN 2

 

 

 

USAHAWAN PEMBINAAN

Nama :  Mohd Zaifie bin Zaki

Umur  : 35 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Encik Zaifie bin Zaki adalah usahawan muda dalam bidang pembinaan rumah. Beliau mula berjinak dengan bidang ini apabila mengikut rakannya yang juga seorang kontrator pembinaan. Bermula dari situ, beliau mula menimba ilmu dan cuba mempraktikkanya apabila pulang ke kampung. Dengan berkat usahanya, kini beliau mampu membuka Syarikat kecil miliknya dan mampu berdiri diatas kaki sendiri bagi menguruskan projek beliau. Beliau juga dibantu oleh pekerjanya bagi menyiapkan projek pembinaannya. Antara projek pembinaan beliau adalah pembinaan rumah dan rumah kedai.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM3000 – RM5000 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil projek beliau. Pelanggan bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM10,000 – RM20,000.

USAHAWAN 1 ZAIFIE