USAHAWAN BAJU MELAYU DAN KURTA

Nama : Hazni bin Ismail 

Umur  : 35 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Encik Azni bin Ismail sangat meminati jahitan baju dari dahulu. Dengan minat yang ada, beliau mencuba untuk menghasilkan baju melayu. Akhirnya berkat kesabaran, beliau mampu menghasilkan baju melayu dan kurta serta memasarnya sekitar komuniti. Kini berbekalkan modal dan usahanya, kini beliau mampu membuka kedai baju yang menjual pelbagai jenis baju melayu,kurta dan baju korporat. Beliau juga mampu menarik nafas lega kerana jenama beliau kini dikenaliSelain itu, beliau juga memasarkan secara online untuk memudahkan pelanggannya membeli.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jualan produknya hanya sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM500 – RM1000.

hazni

 

 

 

USAHAWAN DURIAN CREPE

Nama : Muhd Nadhirul Fahimi bin Zamzuri 

Umur  : 22 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar belakang

Muhd Nadhirul Fahimi merupakan seorang usahawan muda yang mula menapak dalam bidang perniagaan. Pada mulanya beliau hanya menjual dalam kualiti yang sedikit dan semakin lama ia mendapat sambutan menggalakkan dari komuniti setempat. Beliau juga menjual secara COD untuk kawasan sekitar dan di tapak pasar malam. Selain itu, beliau juga sering menggunakan kemudahan di PI untuk mempromosikan produk beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu tentang ICT dan perniagaan online. Pendapatannya hanya mencecah RM30.00 – RM 60.00 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, kini beliau dapat mempromosikan produk beliau melalui pelbagai kaedah. Selain itu, Perniagaannya pula bertambah maju dengan pendapatannya RM 100.00 – RM 300.00. Pelanggannya kini terdiri daripada komuniti setempat.

fahimi

 

 

 

KEUSAHAWANAN : Puan Rohana binti Ishak

USAHAWAN KEK DAN ROTI

Nama : Puan Rohana binti Ishak

Umur : 35 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Rohana binti Ishak bermula dengan suka-suka dalam menghasilkan kek dan roti. Beliau memberanikan diri untuk menjalankan perniagaan dengan mengambil tempahan dari kawan-kawan terdekat. Setelah banyak menerima perkembangan positif, akhirnya beliau membuat keputusan untuk menjalan perniagaan kek dan roti sehingga kini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jualan produknya hanya sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Beliau juga meletak produk beliau di kedai dan menerima tempahan COD di kawasan sekitar. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM200 – RM500.

Untitled

 

 

BELAJAR INTERNET, ASAS KOMPUTER

Nama  : Mohd Azri bin Mohd Jalil 

Umur   : 17 Tahun

Ahli     : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah yang berdekatan. Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet serta tidak tahu tentang ICT. Dengan adanya Pusat Internet Kg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan kampungnya, ini memudahkan beliau menggunakan kemudahan yang diadakan seperti mendapatkan maklumat –maklumat berkaitan kerja kursus, membuat tugasan sekolah dan lain-lain maklumat di PI. Selain itu, beliau sering mengikuti aktiviti di yang dianjurkan oleh PI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang tahu mengendalikan komputer dan mengunakan web di internet dan tidak tahu tentang ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah terutamanya dalam menyediakan kerja kursus yang berkaitan, membuat tugasan sekolahmenggunakan internet dan membuat sebarang permohonan online dengan mudah. Kini, beliau sering datang ke PI dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PI.

 azri

 

 

 

USAHAWAN LOKCING

Nama : Puan Firzura binti Abu Hassan

Umur : 32 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar Belakang

Firzura bin Abu Hassan mula menjalankan perniagaannya dengan membuka gerai lokcing secara kecil-kecilan di kawasan rumah beliau yang strategik bersebelahan dengan SK.Kampung Betong. Beliau dibantu oleh adik dan ibunya bagi memudahkan segala urusan perniagaannya.Beliau menjalankan perniagaan lokcing bakar dan minuman.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu tentang ICT dan komputer. Pendapatannya pula sekadar RM 70.00 – RM 120.00 sebulan.  Beliau juga tidak pandai menggunakan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PI, beliau kini dapat mempelajari  kemahiran komputer dan mempromosikan produk beliau di laman Facebook. Disamping itu, beliau dapat mencari idea-idea bagi memajukan produk beliau. Selain itu, beliau juga mampu mempelbagaikan menu makanan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Untitled