USAHAWAN POPS MALAYA ICE BARS

Nama :Nur Aisyah Hanim binti Rosli

Umur :23 Tahun

Ahli :2021

Latar belakang

 

Puan Nur Aisyah Hanim merupakan seorang suri rumah dan baru mendirikan rumahtangga baru-baru ini. Beliau mula menjual Pops Malaya Ice Bars dan menjadikannya sebagai hobi beliau. Akan tetapi, hasil jualannya yang meningkat dari masa ke masa secara tidak langsung membuatkan beliau berjaya membantu suami beliau dalam menambah pendapatan bulanan mereka berdua. Kini, jualannya semakin laris dan mula dipasarkan di seluruh kawasan kampung dan daerah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Beliau yang sering mengunjungi PEDi Kampung Kuala Kerik telah dibimbing oleh para petugas tentang cara untuk memasarkan produk jualan beliau. Beliau juga turut menghadiri kursus dan bengkel berkaitan keusahawanan yang diadakan di PEDi Kampung Kuala Kerik. Semangat dan sikap ingin belajar beliau yang tinggi telah banyak membantu beliau melariskan produk beliau hari demi hari.

USAHAWAN-1

USAHAWAN PAKAIAN WANITA

Nama :Nor Fatin Syuhaida binti Norizan 

Umur :29 Tahun

Ahli :2013

Latar belakang

 

Cik Nor Fatin Syuhaida kini bekerja sebagai kerani pejabat. Beliau mula berjinak-jinak sebagai usahawan pakaian wanita untuk dijadikan sebagai pendapatan sampingan beliau. Bermula dengan menjual secara atas talian, beliau belajar mempromosikan produk jualan beliau di Facebook dan juga ‘WhatsApp Status’. Pada awalnya, beliau agak sukar untuk menarik perhatian dan minat pelanggan. Akan tetapi, sikap ingin tahu dan ingin belajar yang tinggi dalam diri beliau telah membuatkan jualan beliau meningkat dari masa ke masa. Beliau kini sedang mempelajari teknik dan memasarkan produk di akaun Shopee beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM20-RM50 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Beliau sering mengunjungi dan menghubungi petugas PEDi Kampung Kuala Kerik untuk mempelajari teknik dan cara yang lebih efektif untuk mempromosikan produk jualan beliau. Selain itu, Cik Nor Fatin Syuhaida juga sering menyertai bengkel dan kelas usahawan yang dianjurkan oleh petugas PEDi Kampung Kuala Kerik.Bukan itu sahaja, beliau turut hadir ke PEDi untuk mempelajari asas menggunakan komputer. Kini, keuntungan daripada hasil jualan bulanan semakin bertambah dan ramai pelanggan turut berpuas hati dengan produk jualan beliau.

USAHAWAN-2

USAHAWAN GERAI MAKANAN DAN MINUMAN

Nama :Nurul Hidayah binti Jamil

Umur :27 Tahun

Ahli :2014

Latar belakang

Puan Nurul Hidayah binti Jamil merupakan seorang surirumah dan ibu kepada 2 orang anak. Beliau mula berjinak-jinak dalm bidang perniagaan dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan beliau untuk membantu suami dalam bidang kewangan. Beliau mengusahakan gerai makanan dan minuman yang dibuka pada setiap petang. Selain itu, beliau turut menawarkan perkhidmatan COD untuk pelanggan beliau dengan menghantar kiriman makanan dan minuman ke setiap rumah pelanggan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM150 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan di PIK Kuala Kerik. Para petugas telah membimbing beliau tentang cara dan teknik memasarkan jualan di media sosial beliau seperti Facebook dan Instagram. Di samping itu, beliau juga telah mempelajari cara mengira untung dan rugi jualan. Puan Nurul Hidayah juga telah berjaya mencipta akaun Shopee sendiri dan kini beliau mula berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan secara online juga.

USAHAWAN-1

BELAJAR ICT

Nama : Hazira Ellina binti Harun

Umur : 19 Tahun

Ahli   : 2021

Latar belakang

 

Beliau merupakan seorang belia yang rajin belajar. Walaubagaimanapun ,beliau kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet. Dengan adanya PEDI Kg. Kuala Kerik yang berhampiran, beliau datang untuk menimba ilmu berkaitan misrosoft office,internet dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau kurang mahir mengendalikan komputer dan tidak tahu menaip.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Setelah mempelajari ilmu asas internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah memudahkan persediaan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kini, beliau sering datang ke PI menyertai kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PI.

 

CELIK-IT

USAHAWAN KEDAI MAKAN

Nama :Abdul Roni Bin Ahmad

Umur :47 Tahun

Ahli :2014

Latar belakang

Abdul Roni Bin Ahmad adalah usahawan yang mengusahakan ladang kelapa sawit. Beliau bermula dari usaha secara kecil sehingga sekarang beliau menjadi pengumpul kelapa sawit.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM250 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau ada juga menghadiri kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, kini beliau mula mengetahui cara untuk mebuat laporan kewangan yang lebih teratur. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah dan kini hampir mencecah RM300 – RM500 sebulan.

USAHAWAN-2